Monday 30 July 2012

.CINTAKU CINTA MALAYSIA BUKAN CINTA KOREA.



Lama juga tak update blog ni kan..haha…sorry la busy menanam anggur di rumah katakan lepas selesai tanggungjawab sebagai pelajar selama 3 tahun,nak rehat-rehat kejap la di rumah..hehe..
Kali ni entri aku mudah aje…CINTAKU CINTA MALAYSIA BUKAN CINTA KOREA.  Kenapa la tajuk entri aku kepoh sangat ni?? Sebabnya banyak gadis-gadis Malaysia anggap cinta mereka akan jadi seindah macam dalam cerita korea tu.. aku sebenar bukanlah penggemar K-POP ni..haha…Cumanyer  aku “kadang-kadang” je yang terlayan cerita-cerita korea ni..**sebab dah tak ade cerita lain yang keluar dalam channel** hoho…
Kadang-kadang even aku sendiri pun harap yang cinta itu akan berakhir macam dalam cerita korea..maknanyer mula-mula datangla bagai macam-macam halangan atau dugaan..tapi di pengakhiran cerita bahagia akhirnya.. ade kaa cerita macam tu dalam kehidupan reality? Tak adalah….bohong jaaa tu…. Kisah cinta depa tu ditulis oleh skripwritter… kita punya kisah cinta kita sendiri yang atur..kita sendiri yang tentukan ke mana arah dia…
So… aku nak kasi tau kat sini..jangan lah mengharapkan sangat kalau bercinta..sebab tak semua cinta itu bersatu..tak semua cinta itu indah…tak semua cinta itu akan berakhir dengan happy ending…kalau kau cakap cinta kau indah dan baik-baik belaka…itu HIPOKRIT namanya…. Tak ada cinta yang datang dengan mudah..tak ada cinta yang tiada halangan…kadang-kadang cinta ni membosankan…dan membengangkan…kadang-kadang membosankan…mana tak nya…cuba kalau kau bercinta..haii 24 jam kau berkepit…betul tak?? Haha.. jangan menafikan okey..aku tau tu..aku tau…  :D
Macam yang aku cakap la cinta jangan mengharap sangat..sebab belum tentu orang yang kita sayang tu akan sayangkan kita sampai bila-bila…hari pun boleh berubah..inikan pula hati manusia…pantai pun berubah ini kan pula rasa cinta manusia.. cinta yang kekal hanya pada yang ESA… cinta pada KELUARGA… kadang-kadang aku heran juga ada yang sampai sanggup bunuh diri kerana cinta…itu sebabnya kita terlalu beremosi dengan perasaan sendiri..sebab tu la pesan pada diri…jangan terlalu mengharap pada sesuatu yang tak pasti..
P/S :: BERCINTA ITU BOLEH..TAPI BERCINTALAH SEKADAR SAHAJA..PANTAI JUGA MAMPU BERUBAH..INIKAN PULA HATI MANUSIA..GANTUNGKAN SEDIKIT SAHAJA HARAPAN KERANA HARAPAN YANG TERLALU TINGGI AKAN MEMAKAN DIRI. INGAT..CINTA KITA CINTA MALAYSIA..BUKAN CINTA KOREA…JADI BERCINTALAH SEPERTI ORANG MALAYSIA.. J

No comments:

Post a Comment